Tuesday, 17 July 2012

Catatan Ringkas Wacana Bersama Prof Tariq Ramadhan

Oleh : Abdul Fatah bin Mohd Pilus
Exco Profesional

Petang 15 Julai 2012 yang lalu saya sempat menghadiri sesi wacana bersama Prof. Tariq Ramadhan bertempat di International Institute of Islamic Thought and Civilization (INSTAC). Prof Tariq Ramadhan sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia selama seminggu. Prof Tariq terkenal dengan pelbagai idea baru dan pragmatis dalam membincangkan isu terutamanya mengenai dunia Islam dan isu antarabangsa. Antara karya terpenting beliau ialah 'What I Believe'. Petang tersebut Prof Tariq membincangkan tentang isu kebangkitan rakyat terutama di timur tengah. Kupasannnya panjang dan mendalam, tetapi dalam catatan ringkas ini, apa yang ingin saya kongsi ialah apa yang dicadangkan oleh Prof Tariq bagi mengelakkan berlakunya kebangkitan rakyat:

1. Urus Tadbir Kerajaan Yang Baik (Good Governence)

2. Hapuskan Rasuah

3. Mewujudkan sosiopolitik dan sosioekonomi yang kondusif

4. Mewujudkan keseimbangan dalam kelas masyarakat.

Bersama Prof Tariq Ramadhan

10 Fakta Menarik Mengenai KPP Anda: Shahfie Jabarullah


 1. Bintang Kelahiran - Capricon

2. Makanan Kegemaran - Nasi Goreng Kampung

3. Pasukan Bola Sepak Yang Digemari - Machester United & Negeri Sembilan

4. Muzik Kegemaran - Kontemporari

5. Hobi - Bersukan & Membaca

6. Idola - Nabi Muhammad s.a.w



7. Impian - Mempunyai Keluarga Yang Bahagia

8. Falsafah Hidup - Dunia Ladang Akhirat

9. Cita-Cita Semasa Kecil - Doktor Perubatan

10. X-Factor - Cool

Thursday, 12 July 2012

Angka 1000


Alhamdulillah. Hari ini traffic dan view page di blog ini telah mencecah angka 1000. Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Kami akan terus melangkah ke hadapan!!

Wednesday, 11 July 2012

Bahasa: Roh & Jiwa

Oleh : Abdul Fatah bin Mohd Pilus
Exco Profesional Astra

Semalam, semasa makan malam, sempat kami berbual-bual mengenai Minggu Bahasa yang sedang diraikan minggu ini. Tampak bertenaga atur cara yang diatur oleh pihak Urus Setia. Danial paling rancak membutirkan bicara mengenai isu bahasa yang sekali sekala disampuk oleh Kamil dan Alfian. Tidak ketinggalan Zahir yang selalunya diam turut serta dengan dialek perak yang menambah lagi ceria perbualan petang itu. Perbualan semalam bagaikan persidangan meja bulat. Semuanya cuba merungkai nasib dan masa depan bahasa yang kita cintai ini. Masing-masing begitu bersemangat membuah idea yang segar.

Saya tertarik dengan pandangan Danial. Begitu bersemangat dia mengupas isu ini. Ceritanya, hari ini anak-anak muda lebih bangga dan megah bila berucap dalam bahasa mat saleh. Megah benar rasa mereka bila dapat bersuara dengan bahasa itu walaupun nahu dan makhrajnya umpama orang Perak cuba bercakap Kelantan. Itu belum lagi hal lagu dan filem yang begitu didewa-dewakan. Tambahnya lagi, tidak salah untuk kita bercakap atau menonton. Tetapi apabila sampai ke tahap mendewakan, itu yang menjadi masalah. Disinilah ujarnya betapa roh dan jiwa Bahasa Melayu itu hilang dan terus hilang.

Kamil yang sedari tadi hanya diam memerhati turut menyampuk. Tuturnya juga tampak bersemangat. Ya. Isu bahasa sememangnya sering meruntun sang pembincangnya. Tetapi sayang, semangat itu sukar sampai ke jiwa yang lain. Katanya, ibu bapa kini juga lebih gemar mendidik anak mereka menggunakan Bahasa Inggeris berbanding menanamakan rasa megah dan bangga dengan bahasa sendiri. Bukan menolak kepentingan Bahasa Inggeris, tetapi kenapa perlu sampai membuang bahasa ibunda sendiri. Kadangkala katanya, rasa meluat melihat ibu bapa yang membangkul sampahkan Bahasa Melayu ini. Pada mereka, dunia tidak memerlukan Bahasa Melayu. Cukup dengan mahir Bahasa Inggeris, semuanya beres. Idea songsang ini semakin hari semakin menjarah dalam kotak fikir orang-orang yang bergelar ibu dan bapa. 

Alfian segera menambah bila Kamil habis bersuara. Jepun, Korea, Jerman, semuanya maju dengan bahasa ibunda mereka. Siapa mahu mempelajari teknologi mereka, suka atau tidak, susah atau senang, belajarla bahasa ibundanya. Jika tidak, jangan harap mau berkongsi apa yang mereka ada. Tapi bezanya di sini, bahasa yang cukup indah  dan satu ketika pernah menjadi lingua franca di seantereo nusantara, mau dibakul sampahkan. 600 tahun bahasa ini pernah gemilang, cukup dengan syair dan sajaknya, lagu dan iramanya. India, Cina hatta British belajar bertutur bahasa kita. Tapi hari ini, kita sendiri mau menanamnya di teras bumi paling dalam. Ucapnya penuh rasa. Mungkin semangat Pak Dobi masih membara dalam dirinya.

Zahir yang diam sahaja tiba-tiba turut menyampuk. Tanyanya, apa yang kurang untuk bahasa ini menjadi bahasa ilmu? Rendah dah longgar sangatkah bahasa ini sehingga tidak mampu pergi lagi. Hanya sekadar untuk bahasa komunikasi harian? Universiti Kebangsaan Malaysia katanya, hari ini sudah mampu berdiri megah melahirkan profesional ulung dalam pelbagai bidang dengan menggunakan Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, saya akui, kerana saya belajar di sana. Semua kursus di UKM menggunakan Bahasa Melayu. Sambungnya lagi, ini bukti Bahasa Melayu bukan bahasa picisan. Ia bahasa yang punya roh dan jiwa untuk di sanjung dengan bangga.

Sembang mereka petang itu bukan perkara baru. Sudah lama perkara ini dibincangkan. Soalnya apa peranan kita? Apakah sekadar mengingati bahasa ini apabila ada acara atau program sahaja. Lebih menyedihkan, kita terpaksa mengadakan sambutan khusus bagi mengingat sejarah, lagu, irama, roh dan jiwa bahasa kita sendiri. Wajarkan bahasa yang kita sanjung ini dilayan sebegitu rupa. Persoalan ini saya tinggalkan untuk para pemikir dan idealis di luar sana. Memetik kata-kata Pak Samad ' biarlah Bahasa Melayu ini kita junjung, Bahasa Inggeris itu kita kelek' 

Sembang rancak petang itu terhenti bila Danial menunjuk ke satu lembaga sedang mengambil makanan. Siap dengan mantel dan kostum yang mengerikan. Oh rupanya English Night Sidang Cakra akan berlangsung. Kami segera mengemaskan sisa makanan, bangun dan meninggalkan meja bulat  menuju ke surau. Malam itu kami mau nikmati rasa seram dan cemas pementasan Sidang Cakra. Dalam Bahasa Inggeris...




Tuesday, 10 July 2012

Bintang Indah Di Langit Biru


Oleh: Muhammad Daniyal Abd Kadir 
Sutradara Korban Fajar



Cerita tentang  sahabat, tentang sayang, tentang rasa, tentang jiwa, sebelum masing-masing keluar dan berterbaran di bumi hijau..mengarah langkah dan haluan masing-masing..


sedekad mungkin cuma..
dan sedekad itu,semakin kita dekat
semakin rapat kita..semakin akrab hati kita
semakin knal hitam dan putihnya dan semakin itu juga
semakin kita lihat kusut dan simpulnya
tapi semakin tinggi semakin itu,
kita masih lagi bercinta sampai nanti

mungkin, aku bukanlah teman yang baik dan aku tak mampu menjadi yang terbaik dan mungkin kita juga..
mungkin, aku tak seindah sepertimu, segalanya kelihatan penuh, tapi aku sedar, semua juga ada kelebihannya,
mungkin, aku tak memahami, tapi sekurang-kurangnya aku di pihak yang sedar, ingin sekali aku lihat kau juga lihat seperti ku
mungkin, jiwamu dipenuhi cita-cita indahmu,bila tiba masanya ia akan menjadi sangat manis buatmu,aku cuma berharap setiap yang mendatang nanti,kau tetap terus menghadapiY,kerna kekadang setiap yang indah tidak hanya datang kepada kita
mungkin, aku bukanlah yang memuaskan hati,ingin kau tahu aku mencuba untuk dekat denganmu,tp mungkin..hati manusia itu berbeda,dan kita antaranya
mungkin, aku banyak melukakan,tapi tanpa juga kau sedar,setiap yang pergi akn dtg kepada kita jua

mungkin, senyumku tak seayumu,semuanya kelihatan indah padamu,namun kau tetap kwn terbaik ku
mungkin, kita tak lagi banyak bersama, namun ingin kau tahu, aku tetap seperti dulu,mungkin kau tak melihatnya
mungkin, kita masih baru,tapi ia cukup bagiku,salam perkenalan salam muhibah
mungkin, hati kita sama,maka kita saling menyayangi, pesanku kau tetaplah bersabar,setiap hati pasti juga diduga ketabahannya,tabahlah!!
mungkin, kita semakin jauh,setiap kejauhan ada pemangkinnya,aku sekadar memafkan tetapi sukar melupakan..
mungkin, kau berbeda,tapi padaku biarlah kita jauh,mungkin kejauhan itu lebih rapat dan manis


kadangkala kalian lebih menyenangkan,
tak ramai memahami..aku sangat menyayangi kalian,
bukan kerna melupakan mereka,
tetapi sekadar mencari kegembiraan baru,
masa berubah..dan persepsi bertukar,
dan kita sekadar mengikut perubahan itu
kadangkala kita memerlukan yang baru untuk lebih menghargai yang lama..

mungkin mereka juga akan tahu itu,
ingin skali kujaga semua sang hati,
namun,aku jua sang bintang yang kerdil,
maaf jika aku hanya mampu menyinari tidak melindungi,
suatu impian yang kukesalkan,
padaku janji ibarat hati,akan kujaga selama mentari,
biarlah...hanya aku yang tahu::

(setulus indah, cahaya bintang... kawan adalah kawan... ka-ii)

DIPENSELKAN OLEH DANIELLE_CORLEONE IKUT PUTARAN 11:55:00 PM

Monday, 9 July 2012

WHAT IS PROFESSIONAL BEHAVIOUR

By: Yamini Jayabalan (Sidang Aspirasi)



Most people would probably find it easier to tell you what being unprofessional is, giving examples of unprofessional people they have dealt with in the past. However, it is much easier and more positive to know what to do than not to do. There are eight important keys for being a true professional that are through communication, compliance, cognizance, character, commitment, comfort, conduct and completion. The important key to being a true professional cover 30 concepts, such as being responsible and accountable, developing respect, doing what is right, and learning how to project a professional image.

1.      Be Passionate - this means being interested in what you’re doing. Do something you have a great opportunity to LOVE.

2.      Be Eager - you are internally driven to make your organization a success and with it, yourself.
3.      Be a sponge - be a lifelong learner. Always be learning. Always be growing. Seek ways to do so.

4.      Get better on nights and weekends - it means constant improvement. And if you want to make more, do more, then that means you hone your skills on nights and weekends 

5.      Everybody starts somewhere - everybody starts somewhere and typically that’s at the bottom of the ladder

6.      Be the solution - be someone who sees a problem and owns the solution.

7.      Be flexible - be willing to adapt and change if needed

8.      Be helpful - it means helping someone else with their problem.

9.      Be on time - show up on time, every time, and even before time.

10.  Find out how you fit in, quickly - find your place, quickly. Discover your unique role in your organization and what you can contribute to it

11.  Show up, work hard and you’ll standout - do your best, every day and people will take notice

12.  You’re not a rockstar - be the opposite of a rockstar … be a team player

*All professionals need to take responsibility for themselves and their work.
*A professional can see beyond him or herself and is willing to share.
*Essentially, being professional is about seeing beyond the immediate needs.
 







Lensa: Sekitar Debat Perdana TAPS vs ASTRA : ASTRA VICTOR!!

Pada 5 Julai 2012, satu lagi sejarah tercipta apabila pasukan debat Astra telah menewaskan pasukan debat TAPS dalam Pertandingan Debat Perdana Ala Parlimen 2012. Membariskan 3 pendebat iaitu Encik Firdaus Azwan b. Omar, Encik Farhan b. Hassan dan Cik Nurul Huda bt Zainnuddin, mereka telah berjaya mematahkan hujah pasukan lawan dengan baik. Menambahkan lagi kegemilangan pada malam tersebut, Cik Nurul Huda telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik. Berikut merupakan rakaman lensa sekitar pertandingan debat tersebut. Tahniah pasukan debat Astra. U guys make us proud!!

* Terima kasih kepada semua urus setia yang telah membantu menjayakan program debat tersebut. Salute!!

Pasukan Debat ASTRA

Pasukan Debat TAPS



Ketua Pembangkang

Yang DiPertua Dewan

Perdana Menteri
Penyokong Astra
Urus Setia

Penyokong TAPS

Tetamu VIP

Barisan Juri

Meraikan Kemenangan

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah

Cenderamata Kepada PI

Sesi Fotografi


Lensa

Lensa
Foto Oleh : Noor Azfar Akmal (Sidang Aspirasi)