Menjelang pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Menteri Kewangan pada 28 September 2013, Biro Profesional telah mewawancara wakil dari Pusat Ekonomi Sektor Awam Institut Tadbiran Awam Negara, Ketua Penolong Pengarah Dr. Norazman Bin Ismail bagi berkongsi pandangan dan perspektif beliau sebagai penjawat awam, ahli ekonomi dan rakyat Malaysia tentang bajet yang seharusnya menentukan arah tuju pembangunan negara secara menyeluruh dari segenap dimensi.
Berikut adalah dapatan dari wawancara berkenaan untuk dikongsi bersama ASTRA dan para pembaca.
Biro Profesional akan turut mendapatkan pandangan pakar Ekonomi INTAN yang lain selepas pembentangan Bajet 2013 diadakan, nantikan.....
Berikut adalah dapatan dari wawancara berkenaan untuk dikongsi bersama ASTRA dan para pembaca.
1. Apakah yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia dalam
Bajet 2013?
Bajet
yang menuju ke arah “Balanced Budget”.
Di samping memberikan tumpuan utama kepada pembangunan masyarakat luar bandar.
2. Seperti kita maklum, harga minyak merupakan satu isu
sensitif di kalangan rakyat. Pada masa ini Kerajaan memberi subsidi petrol dan
diesel dan manfaatnya dinikmati oleh semua. Oleh kerana ianya menelan perbelanjaan
yg bnyk, apakah ada langkah yg lebih berkesan supaya subsidi tersebut hanya
dinikmati oleh golongan yg memerlukan?
Petrol
dan disel merupakan salah satu bahan utama yang digunakan dalam menjana
perkembangan ekonomi negara baik bagi pihak individu dan syarikat-syarikat.
Dari sudut ekonomi, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber
ekonomi. Sekiranya sumber ekonomi ini diuruskan dengan baik dan dibelanjakan
secara berhemah, Kerajaan tidak akan menghadapi masalah dalam meneruskan
subsidi petrol dan disel kepada semua rakyat (termasuk syarikat-syarikat),
kerana ianya akan mendatangkan keuntungan kepada Kerajaan dalam bentuk cukai
dan sebagainya dalam jangka panjang.
3. Seperti yang kita ketahui pilihanraya akan diadakan dalam masa
terdekat, sehubungan itu dijangka, kerajaan akan memilih belanjawan pilihanraya
berbentuk populis. Pada pendapat tuan apakah sektor dan golongan sasaran
kerajaan di dalam belanjawan kali ini sekiranya kerajaan memilih belanjawan
populis?
Belanjawan
populis atau sebagainya merupakan terma-terma yang digunakan sahaja. Apa yang
penting adalah Belanjawan yang dibentangkan haruslah dapat meningkatkan
kemapanan (sustainability) ekonomi
negara demi kesejahteraan rakyat masa kini dan generasi akan datang.
4. Fitch rating dan standard & poor pada bulan ogos dan
september 2012 telah memberikan amaran bahawa kredit rating negara akan menurun
(downgrade) sekiranya negara tidak melaksanakan reformasi fiskal. Apakah
strategi dan polisi yang sesuai bagi mengurangkan hutang negara dan pada masa
yang sama dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dlm keadaam ekonomi
dunia yang sedang berhadapan dengan masalah krisis hutang di eropah dan
kelembapan ekonomi di amerika syarikat?
Kerajaan
sewajarnya mengambil langkah-langkah untuk mengawal peningkatan jumlah hutang
awam melalui perbelanjaan berhemah di samping mengambil langkah-langkah untuk
meningkatkan keluaran negara melalui insentif-insentif ekonomi. Perlu kita
fahami, hutang awam merupakan angka sebenar (faktor tetap), manakala GDP
merupakan angka anggaran yang tidak menentu dan pasti (faktor berubah). Oleh
itu, strategi Kerajaan seharusnya menumpukan pengurusan atau pengawalan faktor
tetap yang lebih mudah dikawal agar tidak berlakunya kedudukan hutang awam yang
mismatch dengan GDP dan meyebakan country rating negara jatuh. Sekiranya
ini berlaku, ia akan menyukarkan untuk memperolehi modal atau kos pemerolehan
modal akan menjadi mahal bagi Kerajaan untuk membangunkan negara pada masa akan
datang.
5. Pakatan rakyat pada 26 september 2012 telah membentangkan belanjawan bayangan yang
bertajuk "ekonomi rakyat negara berkat" bagi tahun 2013. Apakah
pandngan tuan mengenai belanjawan yang diusulkan pakatan rakyat? Adakah
belanjawan ini relistik?
Belanjawan
yang dibentangkan ada mempunyai kelebihan dan kekurangan. Apa yang pentingnya
ialah kita perlu melihat samada Belanjawan yang dibentangkan oleh PKR lebih
memberi manfaat atau tidak kepada rakyat berbanding dengan Kerajaan yang
memerintah pada masa sekarang. Satu perkara yang perlu ditekankan bagi
mana-mana pihak ialah perbelanjaan berhemah dan tiada pembaziran. Bagi
memastikan ini dapat dicapai, tidak lain, sistem pentadbiran Kerajaan mestilah
telus dan adil bagi mengelak sebarang salah laku dalam mengurus kewangan negara.
6. Malaysia kini sedang berhadapan dgn masalah middle income
trap di mana negara tidak dpt bersaing dgn negara yg mempunyai kos buruh yg
rendah spt china, india, vietnam dan indonesia...pd masa yg sama negara juga
tidak mampu bersaing dgn negara berteknologi tinggi seperti Korea Selatan dan
Amerika Syarikat...apakah kaedah yg terbaik bg melonjak negara ke arah negara
berpendapatan tinggi?
Mmmmm……bagi
gaji kakitangan awam naik gaji banyak-banyak…..he…..he……!!! jadilah kita
masyarakat berpendapatan tinggi!!!! Kita selalu menekankan mengenai pendapatan
negara dan masyarakat tetapi lupa kepada faktor kesejahteraan. Kesejahteraan negara
dan rakyat tidak hanya ditentukan oleh kedudukan pendapatan tetapi oleh
pelbagai faktor seperti keselamatan, keselesaan, kegembiraan, keadilan dan
sebagainya. Contohnya, pendapatan meningkat tidak bermakna sekiranya purchasing power negara dan masyarakat
menurun. “Middle income”?, should be alright!!!, sekiranya kesejahteraan rakyat
dibela.
7. Perlbagai inisiatif telah diberikan bagi menarik tenaga
pakar negara yg berada di luar negara melalui
RETURNING EXPERT PROGRAMME..namun, kita tidak mempunyai program yg
spesifik bg mengekalkan tenaga pakar sedia ada di negara. Contoh klasik di mana
bekas CEO PETRONAS Tan Sri Hassan Merican kini telah pun berkhidmat dgn
syarikat di singapura. Apakah pandangan tuan terhadap isu berkenaan?
Setiap bidang ekonomi dan
syarikat-syarikat, terutamanya syarikat-syarikat Kerajaan perlu diuruskan oleh
tenaga professional agar ianya diuruskan secara terbaik mengikut standard
best practices bagi mencapai objektif yang telah digariskan.
Faktor-faktor politik tidak seharusnya dibiarkan menular ke dalam pengurusan
syarikat kerana agenda politik selalunya tidak sama dengan agenda syarikat.
8. Dasar gaji minimum akan menyebabkan kos tambahan dan
membebankan kepada firma khusus SME. Adakah dgn pelaksanaan dasar gaji minimum
boleh menyebabkan syarikat tempatan tidak lagi kompetetif di pasaran
antarbangsa? Apakah kaedah terbaik yg boleh dilaksanakan oeh Kerajaan bagi
membantu syarikat tempatan beralih daripada penggunaan buruh kurang mahir
kepada penggunaan teknologi tinggi?
Penentuan
gaji minimum dibuat mengikut kedudukan dan kemampuan ekonomi sesebuah negara.
Ini akan mengujudkan persaingan yang sihat dalam negara kerana faktor kos buruh
diletakkan at par kepada semua pihak
industri. Mengenai persaingan di peringkat antarabangsa, ia tidak hanya
bergantung kepada faktor buruh semata-mata. Ianya bergantung kepada pelbagai
faktor seperti kualiti, keyakinan, market niche, persepsi dan sebagainya.
Kerajaan perlu menumpukan untuk memberi galakan-galakan dalam pelbagai faktor
kepada industri-industri tempatan suapaya syarikat tempatan dapat bersaing di
peringkat antarabangsa.
9. Negara masih lagi bergantung dengan hasil petroleum iaitu
menyumbang kira2 40% sumber pendapatan negara. Salah satu cara yg dikatakan dpt
meningkatkan hasil negara adalah dgn memperkenalkan GST, apakah kaedah lain yg
boleh dilaksanakan oleh kerajaan bg mengurangkan kebergantungan hasil petroleum
selain melaksanakan GST?
Negara
kita dikatakan mempunyai “narrow based
revenue”. Ini menjadikan negara amat fragile
terhadap sebarang international economic
shock yang berlaku. GST merupakan suatu kaedah yang dilaksanakan di
kebanyakan negara barat untuk menjana hasil Kerajaan. Malaysia sebagaimana kita
ketahui adalah berbeza dengan negara-negara di barat dan kaya dengan pelbagai
sumber ekonomi yang boleh dimajukan untuk menjana pendapatan Kerajaan tanpa
memperkenalkan GST. Pelaksanaan GST mungkin sedikit sebanyak akan membebankan
perbelanjaan rakyat terutamanya bagi rakyat berpendapatan rendah, apatah lagi
dengan keadaan ekonomi sekarang yang masih tidak menentu.
Biro Profesional akan turut mendapatkan pandangan pakar Ekonomi INTAN yang lain selepas pembentangan Bajet 2013 diadakan, nantikan.....