Saturday 30 June 2012

Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)

Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) merupakan kursus untuk setiap pegawai baru bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1976. Ianya merupakan kursus mandatori yang dirangka khusus dan disyaratkan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 lantikan baru bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Matlamat kursus DPA adalah untuk melengkapkan setiap PTD lantikan baru dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan seperti ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan untuk membolehkan mereka menjalankan tugas secara profesional. Kursus ini mengambil pendekatan latihan menyeluruh berteraskan peningkatan profesionalisme dengan menekankan kepada aspek pembangunan dan pembentukan peribadi setiap peserta DPA.

Sumber : http://apps.intan.my/idpa/

No comments:

Post a Comment